Saturday, 25 March 2017

Makan-makan : Cendol Durian Markonah Shah Alam

Assalamualaikum my kind readers, 

Kali ni nak share pula tentang Cendol Durian King Markonah, dekat Seksyen 7 Shah Alam belakang Unisel. Manalah tahu ada yang mengidam makan cendol durian tapi tak tahu tempat nak cari Kedai ni berada di Medan Selera Anjung, Seksyen 7 Shah alam.


Sebenarnya, kedai ni bukannya jual cendol sahaja Ada banyak menu lain contohnya, jus gelas besar, Cendol Aiskrim, Pulut Mangga, Pulut Durian, macam-macam lagilah Cuma yang popular dekat sini adalah Cendol Durian King.


Sedap sangat ke?

Sedap Cukup rasa semua Ada durian fresh dua ulas besar (isi durian dia pun yang best, sedap, lemak manis semua cukuplah), cendol, kacang merah,jagung, pulut, santan, gula melaka. Semuanya memang kena dengan selera saya kiranya. Selalunya kalau makan cendol,saya kurang gemar kalau manis sangat Tapi yang ni, memang sesedap rasa.

Lama ke nak tunggu?

Selalunya kalau makanan popular dan viral ni, mesti beratur panjang dan lama kena tunggu barulah dapat nak menjamah. Kalau pergi waktu malam atauu weekend, memang beratur panjang. Tapi, saya rasa waktu menunggu tu tak lama lah untuk kedai yang memang padat dengan manusia.

Cendol Durian King

Berbaloi ke?

Harganya RM 10 untuk Cendol Durian King Berbaloi sebab mangkuk besar, isi semua ada, durian pun isi banyak dan sedap. Itu yang paling penting.

Oklah, kalau ada sesiapa yang nak pergi, bolehlah terus ke Anjung Seksyen 7 Shah Alam Ataupun, like Fanpage mereka untuk maklumat lanjut.

Markonah Food & Co

Fanpage:Markonah Food & Co
Alamat : FoodCourt Anjung 7, Jalan Tungsten 7/23, Seksyen 7, Shah Alam, Malaysia
No Telefon : 011-1114 9314


No comments:

Post a Comment