Showing posts with label Klinik Dr Hamid Arshat. Show all posts
Showing posts with label Klinik Dr Hamid Arshat. Show all posts

Sunday, 23 February 2020

MY TTC JOURNEY: Pengalaman HSG TEST

Assalamualaikum my kind readers, 

Untuk yang follow TTC journey kami, selepas temujanji pertama, pihak Klinik Dr Hamid Arshat dan set kan appointment kami untuk buat HSG. Pemeriksaan HSG ni mesti dilakukan pada cycle day ke-9,10 atau paling lambat hari ke-11. Kebetulan memang masa temujanji pertama tu memang tengah cycle day ke 6, terus dia suruh buat pemeriksaan HSG. Kalau terlepas, Doktor akan advise untuk buat HSG test ni pada next cycle. 

Apa itu HSG?

Persediaan sebelum HSG

Sakit ke ketika pemeriksaan HSG ni?

Selepas HSG

Masa awal-awal check, Doktor dah nasihatkan untuk MC pada hari HSG ni. Memang dapat MC pun dari klinik Daya Xray tu. Cuma sendiri yang rasa berat nak cancel kelas. Sayang bila ingat student dah excited nak buat kelas tapi kita cancel. Tranportation of the day adalah motor. Seba nak elak jalan jammed, nak mudah parking. Tak terfikir pulak pasal nanti jadi kurang sihat ke apa.

Dalam dua jam pertama selepas HSG test tu masih kuat lagi, mungkin masih ada lagi effect ubat tahan sakit tu. Tapi masuk je tengah hari dah mula rasa serba tak kena. Bangun salah, duduk salah. Rasa macam senggugut yang memang sakit. Memang serba tak kena dibuatnya. Tapi gigih juga buat kelas. Akibat tak tahan sangat, minta KF tolong ambil naik kereta. Memang tak mampu nak naik motor sebab terhentak-hentak rasanya. Terpaksalah KF balik Setia Alam dulu baru pergi ke Shah Alam balik untuk jemput isteri dia ni. 

Masa ni memang menyesal tak dengar cakap Doktor. Konon tak nak susahkan orang sebab cancel kelas, tapi akhirnya susahkan suami sebab minta macam-macam. 

Friday, 27 July 2018

MY TTC JOURNEY: Klinik Dr Hamid Arshat - Temujanji Pertama

Assalamualaikum my kind readers, 

Kini bermulalah official perjalanan kami untuk berusaha dapatkan second baby. Bukan sebelum ni tak berusaha, tapi kali ni usaha dengan jumpa Dr. Sebelum ni hanya usaha dari jaga makan, tengok cycle day, berurut. Kami suami isteri pun tak mahu terlalu stress fikirkan pasal anak. Cuma kami rasa dah sampai masa kami usaha dengan cara ni pulak. Saya pernah dengar orang cakap antara tanda Allah nak makbulkan doa kita adalah bila kita sendiri mula berusaha nak dapatkan impian kita tu.In sha Allah, minta doa ramai-ramai ye. 

Proses booking appointment:

Awalnya, nak booking melalui phone call. Jadi, kami pun call yang ada di website.Tapi selepas beberapa percubaan,tak dapat juga.Sebabkan kami macam dah eager sangat, encik suami (KF) pun decide terus ke klinik waktu lunch dia. Masa book tu 25 Jun 2018, dapat tarikh awal 10 Julai 2018, tapi kami ada hal, tangguhkan ke 26 Julai2018.

Ada juga yang cakap boleh nak buat appointment melalui Email juga. Tapi kalau pada yang dekat tu, saya cadangkan pergi je ke klinik di Bukit Jalil untuk buat appointment.

Hari appointment:

Kami sampai klinik lebih kurang pukul 8.30 pagi. Sampai terus daftar di bilik 5. Orang pun dah mula ramai juga. Tapi, tak sampai setengah jam dah dipanggil jumpa Doktor. Doktor yang kami jumpa mulanya tak silap Dr Aimi. Macam-macam lah yang di check. Tekanan darah, check berat, dan saringan kesihatan. Bila Doktor tanya "Berapa berat sebelum kahwin?" terus berhuhuhu kat situ. Doktor sebelah pun tersengih bila saya tergelak. Hahaha. Soalan pun ditanya untuk dua pihak, suami dan isteri. Antara soalan yang ditanya untuk suami adalah sama ada suami merokok atau tidak, ada pernah kemalangan atau pernah kena angin pasang ke. Macam tu lah. 

Kemudian, pemeriksaan sperma untuk pihak suami. Result akan dapat dalam tempoh setengah jam. Lepas tu, baru si isteri akan di scan di bahagian rahim. Kata Doktor, bahagian kiri rahim nampak cantik dan elok. Cuma di bahagian kanan nampak agak kurang cantik.Tapi kata Doktor, lepas pemeriksaan HSG baru boleh buat keputusan apa treatment yang sesuai. Last sekali, proses ambil ubat. Diberikan supplement serta ubat untuk masa HSG nanti.

Untuk pemeriksaan HSG, selalunya akan buat pada cycle day 9 atau 10. Kebetulan masa first check up tu pun dah period hari ke-6, terus Doktor suruh buat HSG pada isnin tu. Pemeriksaan HSG ni tak dibuat di situ tapi di Daya Xray Centre, KL. Tapi,pihak klinik akan bantu untuk book appointment.

Environment Klinik:

Klinik Dr Hamid Arshat ni besar, jadi walaupun ramai kita tak rasa sesak sangat. Plus, memang proses pun agak laju. Mungkin juga sebab dah buat appointment kan. Staf dan Doktor sangat positif, tak menakutkan dan very supportive. 

Bil:

Untuk first appointment ni:

Konsultansi :RM 80
Test dan Scan : RM 150
Medications : RM 51

Total : RM 281

Contact:

KOMPLEKS YJN
No 1. JALAN JALIL PERWIRA 2.
BUKIT JALIL.
KUALA LUMPUR
Sila hubungi nombor-nombor telefon berikut untuk membuat temu janji :
No tel  03-77733411 & 03-77732911
Email apptyjn@gmail.com 

Harap post ni dapat membantu mereka yang nak dapatkan rawatan juga.Sebab saya pun banyak blogwalking sebelum nak buat appointment ni. Doakan yang baik-baik ye. Moga doa anda berbalik untuk diri anda dan keluarga In sha Allah.