Sunday 23 February 2020

MY TTC JOURNEY: Pengalaman HSG TEST

Assalamualaikum my kind readers, 

Untuk yang follow TTC journey kami, selepas temujanji pertama, pihak Klinik Dr Hamid Arshat dan set kan appointment kami untuk buat HSG. Pemeriksaan HSG ni mesti dilakukan pada cycle day ke-9,10 atau paling lambat hari ke-11. Kebetulan memang masa temujanji pertama tu memang tengah cycle day ke 6, terus dia suruh buat pemeriksaan HSG. Kalau terlepas, Doktor akan advise untuk buat HSG test ni pada next cycle. 

Apa itu HSG?

Persediaan sebelum HSG

Sakit ke ketika pemeriksaan HSG ni?

Selepas HSG

Masa awal-awal check, Doktor dah nasihatkan untuk MC pada hari HSG ni. Memang dapat MC pun dari klinik Daya Xray tu. Cuma sendiri yang rasa berat nak cancel kelas. Sayang bila ingat student dah excited nak buat kelas tapi kita cancel. Tranportation of the day adalah motor. Seba nak elak jalan jammed, nak mudah parking. Tak terfikir pulak pasal nanti jadi kurang sihat ke apa.

Dalam dua jam pertama selepas HSG test tu masih kuat lagi, mungkin masih ada lagi effect ubat tahan sakit tu. Tapi masuk je tengah hari dah mula rasa serba tak kena. Bangun salah, duduk salah. Rasa macam senggugut yang memang sakit. Memang serba tak kena dibuatnya. Tapi gigih juga buat kelas. Akibat tak tahan sangat, minta KF tolong ambil naik kereta. Memang tak mampu nak naik motor sebab terhentak-hentak rasanya. Terpaksalah KF balik Setia Alam dulu baru pergi ke Shah Alam balik untuk jemput isteri dia ni. 

Masa ni memang menyesal tak dengar cakap Doktor. Konon tak nak susahkan orang sebab cancel kelas, tapi akhirnya susahkan suami sebab minta macam-macam.