Tuesday 5 September 2017

Bila Anak Cirit-Birit: Apa yang perlu dilakukan?


Mereka yang mengalami cirit-birit telah kehilangan banyak cecair dalam badan. Jadi, air yang hilang perlu diganti segera

Sekiranya anak membuang air besar lebuh daripada sekali dalam tempoh tiga jam, beri dia minum larutan garam rehidrasi Oral (ORS) untuk menggantikan cecair dan garam yang hilang dari tubuh. Sebaiknya beri 1/2 - 1 cawan larutan ORS setiap 24 jam sehingga cirit-birit reda. 

Anak akan hanya makan apabila dia sudah rasa selesa. Ketika itu berilah dia makan makanan yang berkhasiat.  Makanan seperti susu, dan makanan tinggi garam dan gula perlu dielakkan dalam tempoh sehari dua.

Reference:
http://www.majalahpama.my/kanak-kanak/kalau-anak-tak-sihat-5-makanan-ini-bantu-kembalikan-kecergasan-1.150930

Sunday 3 September 2017

Playschool Hunting : Setia Alam

Assalamualaikum my kind readers, 

Entri kali ni sdedikasikan untuk ibu bapa yang tengah mencari-mencari playschool yang sesuai untuk anak bawah 4 tahun. Yang sebenarnya, saya pun masih mencari-cari playschool yang sesuai untu Umar. Tak lama lagi, dah mula masuk tempat kerja baru. Jadinya, tak dapatlah nak jaga Umar macam sekarang. Jadi, isteri pun cadangkan untuk cari playcshool untuk Umar. 


Kenapa playschool bukan taska?


Yang ni sebab terpengaruh dengan isteri juga hehehe. Sepanjang Umar dah nak 3 tahun ni, dia memang dijaga oleh ahli keluarga. Sebelum ni pun, mak cik yang jaga. Tapi, disebabkan isteri dah pindah ke Shah Alam dan makcik tinggal di Puncak Alam, agak susah untuk berulang-alik. Alang-alang, biarlah hantar ke playschool. Boleh juga Umar dapat pendedahan terhadap suasana baru, kawan baru. Disebabkan Umar sentiasa dikelilingi orang dewasa, apa yang saya perhatikan dia kurang mahir bergaul dengan kanak-kanak sebaya dia. 


Berbanding taska, playschool menyediakan platform untuk anak-anak belajar sambil bermain. Dengar pun seronok kan? Antara modul yang biasa terdapat dalam taska adalah membantu pergerakan psiko-motor, asas bahasa inggeris dan melayu, komunikasi sosial dan tatasusila.

Jadi, bermulalah sesi 'research' kami suami isteri. Nak cari yang mana paling sesuai mengikut environment, bajet, modul. Ecewahhh, cakap macam terer sangat kan hahaha. Area Setia Alam ni tidaklah besar, jadi berikut merupakan antara cadangan awal:

Al-baghdadi Childcare Centre


R.e.a.l Kids Setia Eco Park


Genius Aulad 


Brainy Bunch

Little Caliphs


Nimblebee 

Kindie di atas antara yang dekat dengan Setia TaipanDetails tentang setiap kindi di atas akan saya ceritakan dalam entri yang berikutnya. Semoga dapat membantu serba sedikit ibu bapa yang tengah buat research playschool anak bawah 4 tahun.

Semoga post ini bermanfaat untuk parents atau sesiapa yang sedang mencari playschool yang terbaik untuk si manja anda.

Resepi Mudah: Coleslaw ala KFC

Assalamualaikum my kind readers,


Hujung-hujung minggu ni memang best untuk spend masa dengan keluarga. Jadinya, hari ni nak masak makanan kegemaran. Fish and chip. Tapi, tiba-tiba tekak rasa nak makan coleslaw juga sebab dah lama tak makan.



Alang-alang buat tu nak share juga resepi coleslaw ala KFC ni. Senang, mudah dan bahan-bahan dia pun murah je. Bila buat sendiri ni, senang ikut citarasa sendiri dan yang best boleh buat banyak-banyak.


Bahan-bahan:

Suku biji kobis (dihiris nipis-nipis)
Lobak merah setengah biji (dihiris nipis-nipis)
Setengah biji bawang besar (bawang letak sikit je)
Susu segar 5 sudu besar
2 sudu besar mayonis


Cara-cara:

Hanya campurkan kesemua bahan-bahan dan kacau sehingga sebati. Make sure mayonis dan susu dah cover semua kobis dengan lobak. Kemudian, simpan dalam peti sejuk dalam setengah jam. 


Done, ready to eat. Mudah kan? Senang sangat. Nak simpan pun boleh, tahan dalam 3 hari kalau simpan dalam peti sejuk.



Coleslaw ala KFC ni memang kegemaran kami sekeluarga. Cara mudah juga nak kenalkan sayur-sayuran kepada anak-anak. Moga sharing ni bermanfaat. Kalau lah ada yang nak buat untuk pot-luck pun boleh cuba juga resepi coleslaw ala KFC ni. Senang, cepat dan sedap