Monday, 15 October 2018

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB


Bakal-bakal ibu kini ramai memilih berpantang dikediaman sendiri. Ada beberapa sebab mengapa ibu mahu berpantang dirumah sendiri antaranya:
  1. tidak mahu menyusahkan orang tua disebabkan keuzuran mereka
  2. ada anak-anak yang bersekolah
  3. merasa lebih selesa di rumah sendiri. 
Cuma yang menjadi kerisauan para ibu, dimana hendak mendapatkan khidmat bidan lebih-lebih lagi dikawasan bandar. Kini, anda tidak perlu risau lagi. Confinement Lady TWB ada di seluruh Malaysia. Bakal ibu tidak lagi perlu risau dan hanya memilih pakej yang bersesuaian dengan keperluan ibu. 
Di sini, saya ingin senaraikan antara 10 sebab mengapa anda perlu memilih Pakej Berpantang TWB
  1. Pakej ini lengkap dengan nutrisi tambahan yang diperlukan ibu-ibu dalam tempoh berpantang dan menyusu. Anda juga akan dibekalkan dengan Set Berpantang dan menyusu Shaklee.
  2. Produk yang kami gunakan adalah selamat dan semula jadi. Kami menggunakan hanya produk yang berkualiti dalam pakej kami
  3. Confinement Lady adalah yang terlatih. Sebelum kami menyediakan pakej ini, kami telah melalui siri latihan bukan sahaja untuk perawatan tradisional dan moden. Tapi,kami juga mengikuti latihan tentang nutrisi. Ini untuk memastikan kami memberi yang terbaik kepada pelanggan kami
  4. Pakej Berpantang TWB menggabungkan perawatan tradisional dan moden. Kami turut menyediakan khidmat urutan melayu selepas berpantang, bersauna, bertangas, pilis, param dan lain-lain.
  5. Khidmat ini dijalankan terus ke rumah anda.Dah tak perlu risau nak ambil atau menghantar mak bidan. Kami sendiri akan datang ke rumah anda.
  6. Pakej penjagaan yang menyeluruh. Penjagaan ini merangkumi rawatan luaran serta nutrisi dalaman ibu yang berpantang.
  7. Kami akan turut mengajarkan teknik memakai bengkung dengan mudah
  8. Confinement Lady TWB juga adalah mereka yang sangat menyokong penyusuan susu ibu. Jadi,kami akan juga akan kongsikan teknik untuk membanyakkan susu ibu atau sebarang permasalahan sepanjang tempoh penyusuan
  9. Pilis dan param yang dibuat sendiri dengan bahan yang selamat dan berkualiti
  10. Proses yang mudah dan cepat. Anda hanya perlu membuat temu janji melalui whatssap untuk book tarikh anda serta membayar deposit.

Tuesday, 2 October 2018

Confinement Lady vs Jagaan Mak

Assalamualaikum my kind readers, 


Dalam bercerita tentang penjagaan berpantang, ramai yang dah mula mengambil servis confinement lady. Kalau dulu-dulu, pejagaan berpantang selalunya dilakukan oleh ibu sama ada ibu sendiri ataupun ibu mertua. Kali ni saya nak cerita tentang pengalaman saya berpantang. 

Alhamdulillah, tahun 2014 saya dikurniakan seorang anak lelaki dan alhamdulillah mak saya sendiri yang menjaga. Kebetulan memang mak baru lepas bersara, dan memang nak menjaga saya dan anak. Tambah untung lagi, opah saya pun turut tinggal bersama untuk menjaga selama saya berpantang. 

Saya melahirkan anak melalui c-sect yang memang tak dijangka langsung. Jadi, ada berlaku sedikit gangguan emosi. Saya jadi sangat down dan mula rasa frust "kenapalah aku tak mampu nak lahirkan secara normal?". Yelah, baby pertama kan. Masa tu pun tak tahu apa sangat. Tambah bila orang sekeliling pun mempersoalkan kenapa kau bersalin c-sect. Walaupun mereka sebenarnya nak mengambil berat, tapi disebabkan keadaan emosi yang tidak stabil, saya jadi down. 

Semasa berpantang, ada juga upah orang untuk urut,mandikan, bertungku juga.Tapi yang lain kebanyakan dibuat oleh mak saya sendiri. Memanglah seronok, tapi bila tu mak kita sendiri, nak minta buat apa-apa pun tak sampai hati sebenarnya. Rasa kesian sangat mak yang dah tua terpaksa jaga saya dan baby juga. 

Itu adalah antara sebab mengapa servis confinement lady sangat hot zaman sekarang. Selain itu, kalau berpantang dengan confinement lady boleh berpantang di rumah sendiri. Untuk yang ada anak lain yang bersekolah, dah tak perlu risau nak kena tinggal ke apa. 

Tambahan, mereka merupakan orang yang terlatih untuk memberikan khidmat sepanjang proses berpantang.Untuk para suami, dah tak perlu risau dah tentang kesihatan isteri sepanjang berpantang.


Kini, TWB turut menawarkan perkhidmatan pengurusan ibu berpantang seperti berikut:

  • Berurut 
  • Urutan Susu
  • Bertungku
  • Berparam & Berpilis
  • Mandi Serum
  • Berbengkung
  • Mandian Bayi
  • Bertangas Kering / Basah
  • Sengkak Rahim
Jika berminat, boleh hubungi saya.

Sunday, 30 September 2018

Pakej rawatan selepas bersalin



Salam semua, AIsyah nak share sikit ni!

Pernah tak dengar berita peranakan jatuh atau badan cepat lenguh-lenguh selepas beberapa tahun bersalin? Nak tau, ini antara sebab daripada seorang yang tidak berpantang dengan betul.



Sebab tu Aisyah nak begitau kenapa pentingnya penjagaan berpantang, iaitu selepas bersalin:


  • Badan akan kelihatan lebih mantap dan mudah kurus
  • Miliki wajah kemerah-merahan dan segar
  • Dapat kekalkan stamina lama
  • Dapat menguruskan urusan rumah tangga dan kerjaya
  • Elakkan dari sakit sendi dan sakit urat
  • Menjaga rahim lebih sihat
  • Mengekalkan kecantikan dalaman dan luaran


Aisyah nak bagitau lagi ni, TWB ada kursus untuk confinement lady (penjagaan wanita berpantang). Best kan? Kalau risau siapa yang nak jaga kalau berpantang nanti, tak payah risau dah. Dan menjelang hujung tahun ni, ahli twb pun keluar dengan pakej rawatan selepas bersalin TWB.

Kenapa mesti pilih TWB??  Kelebihan pakej rawatan selepas bersalin TWB adalah produk shaklee itu sendiri. Disebabkan ke'natural'an shaklee, menyebabkan ibu bersalin tak perlu nak risau produk apa yang digunakan: YAKIN, PASTI dan MUDAH.


Jom Aisyah nak share set berpantang Shaklee: 


1) Untuk kekal bertenaga - ESP, B Complex

2) Untuk kesihatan dan keanjalan kulit - ESP, Vita C

3) Untuk kesihatan dalaman - Alfalfa, Lecithin, Ostematrix










Selain tu, Aisyah pun nak share apa yang ada dalam pakej rawatan TWB. Pakej ini akan menggunakan produk Shaklee dan teknik khas agar ibu bersalin akan rasa lebih selesa. Dan paling utama adalah kesihatan badan selepas bersalin, pakej yang ada adalah:

- Urutan selepas bersalin
- Bertungku
- Bertangas
- Sauna
- Param dan pilis
- Mandikan bayi


Sekian perkongsian Aisyah sebagai perkenalan pakej rawatan selepas bersalin TWB. AIsyah akan update dari masa ke masa untuk inform kat korang ye. Bye! Love u all...Assalamualaikum

Tuesday, 4 September 2018

Kursus Berpantang 2018 : Penjagaan Wanita Selepas Bersalin

Assalamualaikum my kind readers, 

Alhamdulillah, dah masuk bulan September dah. Bulan ni sangatlah best. Nak tahu sebab apa? Sebabnya, TWB akan melancarkan projek baru. Yeayyyyy! Kali ni team TWB nak explore pulak tentang industri penjagaan wanita selepas bersalin. Yang orang selalu panggil Confinement lady tu. Kiranya, lepas ni bukan je boleh book nak buat facial je. Tapi boleh juga nak book untuk jaga sepanjang tempoh berpantang. 

Tempoh berpantang merupakan saat penting di mana tubuh badan kita baru saja melalui proses yang agak sukar dan memerlukan tempoh untuk sembuh sepenuhnya. Kalau dulu, orang akan minta tolong ibu untuk menjaga kita ketika pantang. Namun sekarang, sudah makin tinggi permintaan untuk Confinement lady. Jadi, di sinilah TWB akan berfungsi untuk membantu para wanita menjalani tempoh berpantang dengan sempurna. 

Kelebihan kita, antara yang utama adalah kita juga akan memberi pendedahan kepada bakal Confinement Lady TWB tentang keperluan nutrisi semasa hamil dan juga selepas bersalin. Okay lah, dah cerita panjang kan, sekarang nak bagi tau apa yang akan dipelajari sepanjang kursus kita ni. 



Pakej berpantang & urutan selepas bersalin TWB. Anda akan pelajari :

1. Urutan tradisional
2. Rawatan selepas bersalin
3. Cara bertungku
4. Cara bertangas kering dan basah
5. Cara sengkak yg tak memudaratkan
6. Spa & Rawatan baby
7. Cara pembuatan jamu
8. Demo/praktis





Tambahan, peserta juga akan diberi pendedahan tentang Set Hamil Shaklee & juga Set berpantang & Menyusu Shaklee. Kiranya memang siap dengan ilmu nutrisi untuk membantu para ibu melalui tempoh berpantang dan menyusu dengan sihat dan gembira. 

Jika anda masih tercari-cari kursus penjagaan wanita selepas bersalin, atau orang kata kursus berpantang, maka TWB lah penyelesaiannya. Boleh hubungi saya untuk mendapat maklumat lebih lanjut, 


Instagram: aisyah_beautyhouse
Phone: 0102881242

Monday, 3 September 2018

Target nak capai berat ideal! Permulaan gaya hidup sihat!

Salam semua!

Jom saya nak review permulaan saya nak amalkan gaya hidup sihat.

Seriussss mula-mula fikir susah. Tapi bila dah letak target, tahu cara dan konsisten amalkan, alhamdulillah semuanya jadi senang.

Hasil usaha pergi kelas, baca buku dan ‘try n error’. Sebenarnya, senang je. Saya penah cuba diet atkin, penah cuba diet nasi dan juga diet kalori. Ternyata, diet kalori paling sesuai dan mudah banget bagi saya.

Kita belajar pengiraan kalori dan senaman yang confirm kita boleh buat dan juga pengambilan nutrisi yg betul, haaaa..confirm boleh turun.

Sebelum ni saya pernah turun 6kg dengan diet kalori. Tapi disebabkan penangan hati raya, naik balik 76kg. Takpe, setakat 2 minggu ni alhamdulillah saya ada penurunan 2.2kg. In shaa allah target 10kg (berat ideal 66kg) dalam 10 minggu ni, in shaa allah saya yakin saya boleh.

Kesimpulannya, saya JAGA MAKAN+WORKOUT+SUPPLEMEN. Nak tahu detail, boleh pm 0162881252.

‘Saya hanya bantu orang yang nak sihat’

Thursday, 16 August 2018

Hebatnya Facial dengan Team Spa TWB


Assalamualaikum my kind readers,


Selalu cerita pasal projek Spa TWB kan? Kali ni Aisyah nak cerita tentang testimoni spa dengan Team TWB. Teknik yang diajar sangat membantu pelanggan untuk mendapatkan kesan yang sangat memuaskan hati. Bil pelanggan puas hati, mudahlah untuk kita dapat pelanggan tetap. 


Semua team Mobile spa TWB menggunakan skincare Youth Shaklee. Produk ni sendiri pun ambil 8 tahun kajian sebelum dikeluarkan. Produk yang natural dan sangat berkesan tau. 


Walaupun projek TWB merupakan projek spa bergerak tanpa kedai, tapi kami sangat menitik beratkan kualiti 


Antara kesan yang selalu dirasai pelanggan:

  1. Kurang kedutan
  2. Berkesan kurangkan blackhead & whitehead
  3. Kesan ‘glowing’ selepas facial
  4. V-shape massage yang sangat efektif








Wednesday, 8 August 2018

Bosnes Mobile Spa TWB


Assalamualaikum my kind readers,


Mobile Spa ni apa ye? 


Okay, mobile spa ni sebenarnya konsep perniagaan moden di mana anda tak perlukan kedai untuk memulakan perniagaan spa. Macam mana pulak tu kan? Dalam mobile spa, kita yang akan bergerak ke tempat pelanggan kita. Mudah kan? Tak perlu nak fikir cari duit nak sewa kedai, elektrik lagi. Dah banyak kos tetap yang kita boleh jimat. 


Kenapa Bisnes Mobile Spa TWB?






  1. Kerana konsep Spa kami yang praktikal, komprehensif dan menguntungkan. Kenapa saya cakap praktikal? Sebab kami ajar 5 kursus dalam sehari. Tak perlu masa yang lama untuk anda belajar. Dan, kursus tersebut adalah lengkap untuk rawatan wajah & tubuh badan.
  2. Kursus tarik beg. Mana tak nya, yang korang bayar RM 1,999 dah siap dengan skincare dan juga peralatan untuk buat spa. Kiranya lepas kursus dah tak payah pening nak cari duit beli barang lagi. 
  3. Income 5 penjuru. Dalam TWB, anda akan diajar cara untuk dapatkan duit selain dari servis spa. Maksudnya, kalau tak buat servis spa pun boleh dapat duit.
  4. Spa Natural dan selamat. Skincare yang kami gunakan, bahan untuk buat lulur dan bahan untuk rawatan yang kami gunakan adalah selamat dan semula jadi. Kami guna skincare Youth Shaklee tau. Yang bestnya, pelanggan dapat effect positif dan rasa nak lagi. Siap jadi pelanggan tetap lagi. Dah senang kerja kan.
  5. Support group yang sangat positif. Macam yang pernah saya share sebelum ni, support group TWB adalah antara penggerak utama kejayaan TWB. Korang boleh je nak nak pergi kursus spa lain, tapi lepas habis kursus macam mana? Dalam group ni korang bukan je diajar tentang kecantikan tapi juga kesihatan. Selain tu, macam mana nak manage kewangan dan cara marketing. 


Best kan? Kalau rasa macam tak cukup lagi info, boleh contact Aisyah terus. Boleh kita sembang panjang tentang bisnes spa ni.