Monday 1 January 2018

Makan-makan: Murtabak Singapore Restoran Zam Zam

Assalamualaikum my kind readers,


Selamat Tahun Baru 2018! Semoga tahun ni membawa lebih banyak rahmat dan barakah buat kita semua. Okay, sempena penutup 2017 yang lepas, aisyah dan family pergi ke Singapore untuk jalan-jalan tengok negara orang. Macam biasalah kan, sebelum pergi tu dah buat research da siap-siap nak makan apa, nak pergi mana semua. 

Antara tempat yang ramai orang recommend adalah Restoran Zam Zam. Restoran ni terletak berhadapan dengan Masjid Sultan yang juga antara tarikan utama di Singapore. Menu yang ada boleh dikatakan sama macam menu Restoran mamak di Malaysia. 

Menu wajib kalau kita pergi Singapore adalah Nasi briyani. Kat sini ada pelbagai jenis Nasi briyani. Ada Nasi briyani ayam, daging, lembu. Rusa pun ada tau. 


Kami pilih Nasi briyani ayam. Nasinya memang sedap. Panjan-panjang macam bihun kata anak saya. Yang sedap lagi, lauk ayam dia. Memang terasa rempah sampai ke dalam tau. Masa tengH menaip ni duk terliur bila teringat. Haha. Harga dia SD 6 lebih kurang RM18 duit Malaysia. Kuantiti dia memang banyak. Kami order satu nasi briyani, satu murtabak untuk tiga orang makan. Tu pun payah nak habiskan

Yang kedua murtabak Singapore. Sama macam briyani, ada pelbagai saiz dan pelbagai jenis murtabak yang ada. Kami order saiz kecil je. Ni pun besar tau. Boleh 2-3 orang makan. Yang saiz kecil ni harga dia SD 5.50 lebih kurang RM 16. Murtabak ni di serve dengan kuH kari dan kuah kacang dal. Kuah dia pun sedap.


Berbaloi ke?Bagi saya berbaloi dengan harga yang affordable, kuantiti makanan yang banyak. Lagi satu, servis dia pun laju. Walaupun ramai orang, kami takdelah menunggu lama. Siap ada wifi tau. Boleh buat live video terus dari situ. 

Senang tak nak pergi?

Kalau naik MRT, boleh turun di Stesen Bugis dan kena jalan sikitlah untuk sampai ke Restoran Zam Zam. Dekat juga dengan Bugis Street yang famous tu.


Harap post ni dapat bantu mereka yang plan nak ke Singapore.