Sunday, 3 September 2017

Playschool Hunting : Setia Alam

Assalamualaikum my kind readers, 

Entri kali ni sdedikasikan untuk ibu bapa yang tengah mencari-mencari playschool yang sesuai untuk anak bawah 4 tahun. Yang sebenarnya, saya pun masih mencari-cari playschool yang sesuai untu Umar. Tak lama lagi, dah mula masuk tempat kerja baru. Jadinya, tak dapatlah nak jaga Umar macam sekarang. Jadi, isteri pun cadangkan untuk cari playcshool untuk Umar. 


Kenapa playschool bukan taska?


Yang ni sebab terpengaruh dengan isteri juga hehehe. Sepanjang Umar dah nak 3 tahun ni, dia memang dijaga oleh ahli keluarga. Sebelum ni pun, mak cik yang jaga. Tapi, disebabkan isteri dah pindah ke Shah Alam dan makcik tinggal di Puncak Alam, agak susah untuk berulang-alik. Alang-alang, biarlah hantar ke playschool. Boleh juga Umar dapat pendedahan terhadap suasana baru, kawan baru. Disebabkan Umar sentiasa dikelilingi orang dewasa, apa yang saya perhatikan dia kurang mahir bergaul dengan kanak-kanak sebaya dia. 


Berbanding taska, playschool menyediakan platform untuk anak-anak belajar sambil bermain. Dengar pun seronok kan? Antara modul yang biasa terdapat dalam taska adalah membantu pergerakan psiko-motor, asas bahasa inggeris dan melayu, komunikasi sosial dan tatasusila.

Jadi, bermulalah sesi 'research' kami suami isteri. Nak cari yang mana paling sesuai mengikut environment, bajet, modul. Ecewahhh, cakap macam terer sangat kan hahaha. Area Setia Alam ni tidaklah besar, jadi berikut merupakan antara cadangan awal:

Al-baghdadi Childcare Centre


R.e.a.l Kids Setia Eco Park


Genius Aulad 


Brainy Bunch

Little Caliphs


Nimblebee 

Kindie di atas antara yang dekat dengan Setia TaipanDetails tentang setiap kindi di atas akan saya ceritakan dalam entri yang berikutnya. Semoga dapat membantu serba sedikit ibu bapa yang tengah buat research playschool anak bawah 4 tahun.

Semoga post ini bermanfaat untuk parents atau sesiapa yang sedang mencari playschool yang terbaik untuk si manja anda.

2 comments:

  1. Menanti artikel seterusnya sebab saya juga mencari untuk anak saya umur 3 tahun dekat setia taipan ni :) keep writing ! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you for your comment. Will update soonest I can

      Delete