Friday, 27 July 2018

MY TTC JOURNEY: Klinik Dr Hamid Arshat - Temujanji Pertama

Assalamualaikum my kind readers, 

Kini bermulalah official perjalanan kami untuk berusaha dapatkan second baby. Bukan sebelum ni tak berusaha, tapi kali ni usaha dengan jumpa Dr. Sebelum ni hanya usaha dari jaga makan, tengok cycle day, berurut. Kami suami isteri pun tak mahu terlalu stress fikirkan pasal anak. Cuma kami rasa dah sampai masa kami usaha dengan cara ni pulak. Saya pernah dengar orang cakap antara tanda Allah nak makbulkan doa kita adalah bila kita sendiri mula berusaha nak dapatkan impian kita tu.In sha Allah, minta doa ramai-ramai ye. 

Proses booking appointment:

Awalnya, nak booking melalui phone call. Jadi, kami pun call yang ada di website.Tapi selepas beberapa percubaan,tak dapat juga.Sebabkan kami macam dah eager sangat, encik suami (KF) pun decide terus ke klinik waktu lunch dia. Masa book tu 25 Jun 2018, dapat tarikh awal 10 Julai 2018, tapi kami ada hal, tangguhkan ke 26 Julai2018.

Ada juga yang cakap boleh nak buat appointment melalui Email juga. Tapi kalau pada yang dekat tu, saya cadangkan pergi je ke klinik di Bukit Jalil untuk buat appointment.

Hari appointment:

Kami sampai klinik lebih kurang pukul 8.30 pagi. Sampai terus daftar di bilik 5. Orang pun dah mula ramai juga. Tapi, tak sampai setengah jam dah dipanggil jumpa Doktor. Doktor yang kami jumpa mulanya tak silap Dr Aimi. Macam-macam lah yang di check. Tekanan darah, check berat, dan saringan kesihatan. Bila Doktor tanya "Berapa berat sebelum kahwin?" terus berhuhuhu kat situ. Doktor sebelah pun tersengih bila saya tergelak. Hahaha. Soalan pun ditanya untuk dua pihak, suami dan isteri. Antara soalan yang ditanya untuk suami adalah sama ada suami merokok atau tidak, ada pernah kemalangan atau pernah kena angin pasang ke. Macam tu lah. 

Kemudian, pemeriksaan sperma untuk pihak suami. Result akan dapat dalam tempoh setengah jam. Lepas tu, baru si isteri akan di scan di bahagian rahim. Kata Doktor, bahagian kiri rahim nampak cantik dan elok. Cuma di bahagian kanan nampak agak kurang cantik.Tapi kata Doktor, lepas pemeriksaan HSG baru boleh buat keputusan apa treatment yang sesuai. Last sekali, proses ambil ubat. Diberikan supplement serta ubat untuk masa HSG nanti.

Untuk pemeriksaan HSG, selalunya akan buat pada cycle day 9 atau 10. Kebetulan masa first check up tu pun dah period hari ke-6, terus Doktor suruh buat HSG pada isnin tu. Pemeriksaan HSG ni tak dibuat di situ tapi di Daya Xray Centre, KL. Tapi,pihak klinik akan bantu untuk book appointment.

Environment Klinik:

Klinik Dr Hamid Arshat ni besar, jadi walaupun ramai kita tak rasa sesak sangat. Plus, memang proses pun agak laju. Mungkin juga sebab dah buat appointment kan. Staf dan Doktor sangat positif, tak menakutkan dan very supportive. 

Bil:

Untuk first appointment ni:

Konsultansi :RM 80
Test dan Scan : RM 150
Medications : RM 51

Total : RM 281

Contact:

KOMPLEKS YJN
No 1. JALAN JALIL PERWIRA 2.
BUKIT JALIL.
KUALA LUMPUR
Sila hubungi nombor-nombor telefon berikut untuk membuat temu janji :
No tel  03-77733411 & 03-77732911
Email apptyjn@gmail.com 

Harap post ni dapat membantu mereka yang nak dapatkan rawatan juga.Sebab saya pun banyak blogwalking sebelum nak buat appointment ni. Doakan yang baik-baik ye. Moga doa anda berbalik untuk diri anda dan keluarga In sha Allah.






Saturday, 3 February 2018

Makan-makan: Restoran Marhaba Publika (Review)

Assalamualaikum my kind readers, 


This time is my favourite Yemeni Restaurant, Restoran Marhaba di Publika. Jarang pun pergi Publika, tapi kalau pergi antara sebab utama adalah singgah Restoran Marhaba. First time try makan kat sini adalah untuk meraikan my graduation day (Yeayyy!!). I opt not to go to the convocation ceremony for some reason, so I choose this restaurant to celebrate. 






Masa mula-mula nak booking tu, ingat nak pergi yang dekat Sunway je sebab dekat sikit dengan rumah. Tapi, bila call rupa-rupanya cawangan yang dekat Sunway tu dah tutup. Jadinya, pergi jugalah yang dekat Publika. Tak susah pun nak cari sebab ia terletak dekat tepi Publika. Kiranya, tak perlulah nak masuk ke dalam sangat nak cari restoran ni (Block D1, Level G4, Publika). Parking pun boleh dikatakan mudah cuma agak mahal. Kalau parking betul-betul depan kedai tu akan dicaj RM15 sekali parking. 

Apa yang best di Restoran Marhaba?

Saya suka suasananya yang selesa dan sesuai untuk keraian keluarga. Lagi satu, makanan dia yang sangat sedap dan portion pun besar. 

Makanan yang kira kategori ''must eat" dekat sini:



1. Roti arab dia (Mulauwah). Amaran! Saiz dia besar tau, kalau yang saiz kecil pun sesuai untuk 2-3 orang makan. Kalau yang saiz besar tu 7 -8 orang pun boleh makan.




2. Roti ni sedap kalau makan dengan Sultan Fahsah. Rempah arab dengan daging kambing / ayam yang dimasak lama. Masa tengah taip pun teringat-ingat rasa dia. Tak terlampau pedas, hany sesedap rasa.

3. Kalau pergi restoran arab, mestilah makan nasi arab. Nasi dia panjang-panjang dengan ayam Mandhi yang lembut je isinya. Penggemar nasi arab memang patut cuba

4. Teh tarik Yaman yang dipanggil Shahee Mula Ban. Teh tarik dengan ada sikit rasa macam halia tapi memang sedap. Perut pun rasa lega lepas minum 

Okay, tu antara my favourite menu dekat Restoran Marhaba Publika. 


Alamat:
Marhaba Restaurant
D1-G4-1, Publika Solaris Dutamas
No. 1 Jalan Dutamas
50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-62078222 / 9222

==============================================

Untuk sesiapa yang ingin mencuba Produk Shaklee atau berminat nak tahu lebih tentang Shaklee atau Projek Mobile Spa, boleh contact Aisyah

Aisyah Kamal (0102881242)
Facebook: Aisyah Kamal
Instagram: aisyah_beautyhouse


Monday, 1 January 2018

Makan-makan: Murtabak Singapore Restoran Zam Zam

Assalamualaikum my kind readers,


Selamat Tahun Baru 2018! Semoga tahun ni membawa lebih banyak rahmat dan barakah buat kita semua. Okay, sempena penutup 2017 yang lepas, aisyah dan family pergi ke Singapore untuk jalan-jalan tengok negara orang. Macam biasalah kan, sebelum pergi tu dah buat research da siap-siap nak makan apa, nak pergi mana semua. 

Antara tempat yang ramai orang recommend adalah Restoran Zam Zam. Restoran ni terletak berhadapan dengan Masjid Sultan yang juga antara tarikan utama di Singapore. Menu yang ada boleh dikatakan sama macam menu Restoran mamak di Malaysia. 

Menu wajib kalau kita pergi Singapore adalah Nasi briyani. Kat sini ada pelbagai jenis Nasi briyani. Ada Nasi briyani ayam, daging, lembu. Rusa pun ada tau. 


Kami pilih Nasi briyani ayam. Nasinya memang sedap. Panjan-panjang macam bihun kata anak saya. Yang sedap lagi, lauk ayam dia. Memang terasa rempah sampai ke dalam tau. Masa tengH menaip ni duk terliur bila teringat. Haha. Harga dia SD 6 lebih kurang RM18 duit Malaysia. Kuantiti dia memang banyak. Kami order satu nasi briyani, satu murtabak untuk tiga orang makan. Tu pun payah nak habiskan

Yang kedua murtabak Singapore. Sama macam briyani, ada pelbagai saiz dan pelbagai jenis murtabak yang ada. Kami order saiz kecil je. Ni pun besar tau. Boleh 2-3 orang makan. Yang saiz kecil ni harga dia SD 5.50 lebih kurang RM 16. Murtabak ni di serve dengan kuH kari dan kuah kacang dal. Kuah dia pun sedap.


Berbaloi ke?Bagi saya berbaloi dengan harga yang affordable, kuantiti makanan yang banyak. Lagi satu, servis dia pun laju. Walaupun ramai orang, kami takdelah menunggu lama. Siap ada wifi tau. Boleh buat live video terus dari situ. 

Senang tak nak pergi?

Kalau naik MRT, boleh turun di Stesen Bugis dan kena jalan sikitlah untuk sampai ke Restoran Zam Zam. Dekat juga dengan Bugis Street yang famous tu.


Harap post ni dapat bantu mereka yang plan nak ke Singapore.