Tuesday, 16 May 2017

Jerawat Buat Aku Malu


Ketika aku berada di alam persekolahan, kulit aku biasa-biasa je, nak kata putih tu takde la. Tapi sawo matang jela. Dan boleh dikatakan aku la antara pelajar yang ada kakak dan adik angkat paling ramai, kan trend disekolah yang tah pape. Hehe..tapi tu bukan pointnya. Ini sebab muka aku tiada satu cela pun.
.
Tapi bila aku mencecah umur 17 tahun, jerawat mula singgah dipipiku yang gebu. Aku ingatkan itu perkara biasa bagi pelajar seperti aku. Tapi sangkaan aku SALAH sebab jerawat dimuka aku mula teruk bila aku masuk di alam matrikulasi. Segal jenis jerawat ada, white head, black head, batu dan lain2. Nama je jenis jerawat yang ada di muka bumi ni, itulah juga yabg ada kat muka aku.
.
Betul, jerawat tak mengganggu pembelajaran aku di matrikulasi sebab aku berjaya skor 3.83. TAPI....keyakinan dalam diri aku semakin berkurang. Aku tak pernah bagitau kat sesapa termasukla mak aku. Setiap kali jumpa orang aku akan beranggapan yang orang cakap 'Buruknya muka', 'Eeee..jerawat banyak' dan 'Gelinya..'.
.
Dan perkara ini berlanjutan sehingga aku masuk di UiTM, aku akan compare setiap orang yang aku jumpa. Dari matriks lagi aku dah banyak berusaha, pencuci muka, supplemen dan banyak lagi. Tapi semua tu buat muka aku bertambah teruk, takde satu pun yang aku nampak kesan perubahan.
.
Kurang sokongan dari rakan-rakan juga menyebabkan keyakinan aku bertambah kurang. Ye...siapa yang mengalaminya akan faham apa yang aku rasa. Bahkan ada kawan yang cakap 'Beriya je cuci muka, tapi teruk gak'. Arghhh..sentap giler. Nak berusaha pun jadi malas. Yela lelaki kan, bila zaman aku boleh dikatakan tak ramai lelaki yang jaga muka. Tapi kalau muka mereka dan hormon dalam mereka normal ok la, mereka tak kisah.
.
Pernah sekali tu aku pergi ke farmasi nak beli panadol sebab kurang sihat, lalu disapa seorang pekerja farmasi tu. Yess..sebelum ak sambung cerita aku nak bagitau, setiapa kali pergi mana-man aku sering disapa oleh sesiapa yang jual ubat ataupun krim untuk kulit. Merela akan cakap elok untuk kulit dan betul..aku senang terpengaruh. Sambung di farmasi tadi, pekerja farmasi suggest kan supplemen jerawat. Dan balik aku cuba, dengan harapan berkobar-kobar. Dan aku berterima kasih kepada pekerja farmasi tadi kerana menyebabkan muka aku bertambah teruk dengan jerawat..erghhhhh. Mulai saat itu aku dah tak amik kesah dan beranggapan muka aku memang dilahirkan begini.
.
Pada hujung ijazah sarjana muda perakaunan, aku berkenalan denganseorang gadis yang sangat cantik dan yes, dia adalah isteri aku sekarang. Dia memperkenalkan dengan satu supplemen untuk buang toksin dalam badan. Dan aku cuba sebab yepa girlfren kan. Dan pada seminggu yang pertama aku mulai terkesan yang jerawat aku mulai kecut dah TIADA jerawat baru yang ada.
.
Dari situ aku terus konsisten makan supplemen tu, dan alhamdulillah tiada jerawat baru dan yes dulu selama 4 tahun aku tak makan seafood sebab kilit aku akan jadi alergik yang sangat teruk jerawat batu dan bintat dibadan, tapi sekarang aku dah boleh makan seafood esp udang kegemaran aku.
.
Dan produknya yang isteri saya perkenalkan adalah Alfalfa Shaklee dan Sustained Released Vita C. Dulu aku seorang yang tiada keyakinan langsung, tapi sekarang alhamdulillah keyakinan tu sudah kembali. Muka aku sudah tiada jerawat tapi masih ada kesan jerawat tapi mula hilang. Yang penting aku semakin YAKIN untuk berjumpa orang.
.
Jika ada sesiapa anak, suami, isteri, kawan baik dan kenalan anda yang ada masalah sama, boleh share mereka cerita saya. Sebab mereka masih ada peluang, cuma mereka tidak tahu. Dan saya sudi membantu anda dan juga mereka.

Khairi Faiz Bin Mazri
- Lelaki Yang Dulunya Malu

No comments:

Post a Comment