Monday, 17 April 2017

6 Tips tangani anak tantrum


Assalamualaikum my kind readers,




WAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!
Anak kecil  mula menjerit. Makin lama, makin kuat dan tidak terkawal. Kadang-kadang sampai dipukul-pukul tubuh ibunya. Orang sekeliling dah mula memandang. Ada yang tersenyum faham, namun tak kurang juga yang tersenyum sinis. Maka, mulalah si ibu memeluk dan cuba memujuk anak kecil tadi.

Ini biasa terjadi, betul tak? Terutama bila si anak mula letih ataupun cuba untuk dapatkan apa yang dia nak. Masa mula-mula dulu naik letih jadinya sebab tak tahu cara macam mana nak handle. Jadi, kali ni saja nak kongsi sikit tips untuk tangani anak tantrum :
  1. Istighfar. 
    • Bila anak mula mengamuk, memang mudah untuk kita sebagai ibu untuk melenting. Sabar, istighfar. Sebelum perkataan buruk yang keluar dari mulut, Istighfar. Cuba tanamkan dalam diri apa saja ucapan ibu bapa adalah keramat untuk anak. Istighfar dan ucap yang baik-baik.
  2. Relax, ambil nafas dan bertenang
    • Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan. Walaupun nampak remeh, tapi sangat berkesan untuk kita sebagai ibu bapa untuk step back dan fikir semula apa yang perlu dibuat. Anak-anak ni ibarat cermin ibu bapa. Perasan tak, kalau makin kita marah, makin kuat dia menjerit. Tapi, kalau kita cool je, anak pun makin lama makin tenang.
  3. Belas kasihan 
    • Pandang anak dengan perasaan belas kasihan. Adakala, mereka hanya mahukan perhatian kita. Kadang-kadang bila rasa nak marah, tengok balik muka dia yang kesian tu, memang cair jadinya. Lama kita tunggu untuk dapatkan dia, parut bersalin pun nampak jelas lagi, takkan lah kita sanggup nak marah anak syurga ni lama-lama kan.
  4. Tegas bukan garang 
    • Bila kita dah buat keputusan , kita akan tetap dengan keputusan kita. Itu tegas. Tak semua kehendak anak perlu kita ikutkan. Kita pun tahu apa yang mereka perlu dan yang tidak perlu. Sekali-sekala berkata tidak akan mendidik mereka untuk lebih bersyukur dengan apa yang ada.
  5. Reward
    • “Anak yang bijak, baik nanti semua sayang. Allah sayang, ibu pun sayang, “.  
    • “Kalau anak ibu dengar kata, behave dan buat baik, balik nanti ibu akan buatkan anak ibu aiskrim favourite awak ye sayang,”
    • Kadang-kadang anak menangis sebab hendakkan sesuatu, mainan terutamanya. Adalah lebih baik jika kita alihkan perhatian dia dengan ganjaran yang menrupakan kegemaran dia yang lain, contohnya aiskrim atau favourite food dia. Sebab, kalau kita ikutkan kehendak dia bila dia mengamuk, anak akan mula menjadikannya sebagai habit. Anak akan mula develop pemikiran bahawa itu adalah cara untuk dia dapat apa yang dia mahukan.
  6.  Skinship (Peluk dan usap)
    • Akhir sekali, sentuhan magic ibu bapa kepada anak syurga ni. Kita peluk, bawa dia ke dada kita sambil ucapkan semua yang baik-baik. Elakkan untuk berkata waima satu pun perkataan tak baik kepada anak.


“Anak soleh ibu, anak bijak ibu, dia kan budak yang baik. Dia kan sayang ibu, sayang abah, “

Ini juga sebenarnya pesanan untuk diri sendiri. Menangani anak tantrum memang mencabar. Tapi, setiap cabaran itu ada balasannya masa depan nanti. Bila kita lihat anak syurga kita membesar sebagai insan yang hatinya penuh kasih sayang.



No comments:

Post a Comment